Wednesday 28 November 2012

Citarasaku

Assalamualaikum wahai umat-umat ku serta sahabat-sahabat ku sekalian yg tengah baca blog wany ni. Kejap ja bulan November dah nak habis. December semakin dekat pastu Januari datang.Mula lah beban wany untuk satu tahun yang akan datang ni. Yela i'm gonna be 17 next year and akan menghadapi peperiksaan yang sedang menunggu wany iaitu SPM! Masyaallah,cepatnya masa berlalu.

Anyway people lets talk about something else. Lets have fun. Sekarang ni wany tengok ramai wanita-wanita muslimah sekarang dah berhijab. Yela,sekarang kan dah muncul fesyen hijab yg terbaru. Turban la,shawl la,bawal la and macam-macam lagi. And people yang baru nak belajar nak berhijab tu tak perlu bimbang sebab banyak sangat tutorial kat dalam youtube yang dapat memberi inspiration kepada korang.Tak pun ha,majalah Hijabista kan ada. Never miss it! Banyak sgt inspiration yang wany dapat dari majalah tu.

Wany tak berapa minat  hijab yang berlapis-lapis tu. Tak rasa pening ka bila pakai? or panas? or berat? kadang tu lemas jugak tengok people yg pakai hijab yg berlapis-lapis tu. Nampak kepala diaorang besar dari badan :DYela.Nak berfesyen pun berlimit lah right? Setiap orang mesti ada mentor masing-masing en? so macam wany,kalau shawl wany suka Hana Tajima. Kalau bawal wany suka Tasha Manshahar. And kalau turban wany suka Yuna. Tapi wany belum try turban lagi sebab wany rasa turban tak sesuai dengan muka wany :D

Bagi wany seorang wanita yang bertudung mestilah berpakaian mcam orang bertudung jugak kan. And accesories tambahan amat perlu kepada seseorang individu. Actually accesories macam gelang,rantai,cincin and what so ever tu akan menaikkan lagi kecantikkan seseorang itu. Yela tak la nampak kosong sangat. Pakai jam pun cantik jugak :)

Kalau nak bermekap mestilah tengok umur dan tempat. Yela kalau terover mekap tak pasal-pasal nampak tua pulak. Kalau dah tua mekap nampak muda tak pe lah. Hahaha. And tengok-tengok pergi tempat biasa-biasa ja tapi mekap tu VAVAVUM sangat :D

Actually ini cuma citarasa wany.Wany cuma nak berkongsi dengan korang. Kalau tak suka tu tak perlu la ikut kan. Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri. Cuma diri sendiri yang perlu tahu. Mintak maaf if ada yang tersinggung perasaan. Kalau ada silap dan salah tentang citarasa wany sila beritahu nohh. Thank You for reading people :)

No comments:

Post a Comment